ADA GULA ADA SEMUT :
Ertinya : kita mempunyai ramai kawan jika kita kaya
Tempat senang mencari rezeki di situlah ramai orang bertumpu
ADA UBI ADA BATAS :
Ertinya : mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya
ADA UDANG DI SEBALIK BATU
Ertinya : mempunyai tujuan yang tersembunyi di sebalik perbuatan seseorang
ADAKAH BUAYA MENOLAK BANGKAI
Ertinya : orang jahat akan melakukan kejahatan jika ada kesempatan
AIR BESAR SAMPAN TIDAK HANYUT
Ertinya : hajat atau tujuan yang tidak tercapai
AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS
Ertinya : untung nasib seseorang tidak dapat ditentukan
AIR SAMA AIR SAMPAH KE TEPI JUGA
Ertinya : jika kita masuk campur perselisihan keluarga orang lain, kita akan tersisih atau diketepikan apabila mereka berbaik semula
ANJING MENYALAK BUKIT TIDAK AKAN RUNTUH
Ertinya : orang yang baik kelakuannya walaupun dicela orang jahat tidak akan terjejas kebaikannya.
ASAM DIDARAT IKAN DI LAUT,DI DALAM BELANGA BERTEMU JUGA
Ertinya : kalau sudah jodoh akan bertemu juga akhirnya
AYAM TAK PATUK, ITIK TAK SUDU
Ertinya : keadaan orang yang hina dalam masyarakat
AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI
Ertinya : orang yang berbuat jahat akhirnya akan mendapat malu
BAGAI BULAN DIPAGAR BINTANG
Ertinya : gadis yang cantik akan bertambah kecantikannya apabila dikelilingi oleh gadis gadis cantik
BAGAI ISI DENGAN KUKU
Ertinya : persahabatan yang sangat akrab
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Ertinya : seseorang anak itu akan mengikut sifat dan perwatakan bapanya
Bagai mencurah air ke daun keladi
Ertinya : perbuatan yang sia sia
Bagai tikus membaiki labu
Ertinya : seseorang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahui, akhirnya benda itu rosak binasa
Bangkai gajah tidak boleh ditudung dengan nyiru
Ertinya : kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Ertinya : setiap orang mempunyai kemahuan yang berbeza beza. Apabila banyak orang banyak pula perangainya
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Ertinya : setiap orang mempunyai kemahuan yang berbeza beza.
bertatih hendak berlari
Ertinya : seseorang melakukan sesuatu lebih daripada keupayaannya sendiri
Batu jatuh ke lubuk
Ertinya : sesuatu yang hilang lenyap begitu sahaja
Batu yang selalu bergolek tidak dilekati lumut
Ertinya : orang yang selalu bertukar tukar pekerjaan tidak akan berjaya dalam hidupnya
Bawa resmi padi, makin tunduk makin berisi
Ertinya : orang yang mempunyai semakin banyak ilmu atau pangkat yang tinggi semakin merendah diri
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Ertinya : orang yang bodoh kalau rajin belajar akhirnya akan pandai