Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu.
1) angkatan
Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusia
Contoh : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulis
Ayat
Seangkatan pegawai polis bergegas ke tempat kemalangan itu
2) bakul
Digunakan untuk: benda yang diisikan di dalam bakul
Contoh : kuih, sampah, buah, makanan
Ayat
Mak Limah membawa sebakul kuih keria untuk dijual di gerai
3) baris
Digunakan untuk: benda yang berderet atau manusia yang beratur
Contoh : ayat, rumah, murid, tulisan, kerusi
Ayat
Dua buah baris rumah setinggan hangus dijilat api pagi tadi
4) batang
Digunakan untuk: : benda yang lurus, panjang, dan keras
Contoh : gigi, pakuk,lilin, jalan raya, tongkat
Ayat
Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat rotan
5) bentuk
Digunakan untuk : benda yang kecil dan berbentuk lengkung
Contoh: : subang,cincin,mata kail
Ayat
Balkis membeli dua bentuk cincin berlian untuk tunangnya
6) Berkas
Digunakan untuk: benda yang telah diikat dalam satu ikatan
Contoh : bulu, rotan, kunci, lidi, ranting
Ayat
Along Ajai membawa seberkas rotan dari hutan
7) bidang
Digunakan untuk : benda yang lebar, luas, dan rata
Contoh : sawah, ladang, tanah, tikar dan permaidani
Ayat
Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu yang datang
8) biji
Digunakan untuk : buah buahan dan benda yang berbentuk bulat
Contoh : cawan,butang,guli, pinggan, tembikai
Ayat
Salleh menyusun enam biji cawan di atas meja
9) bilah
Digunakan untuk : senjata atau benda yang tajam dan runcing
Ayat :
Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan sebilah pisau
10) botol
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol
Contoh : air, dakwat minumam, kicap, minyak
Ayat
Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi ketika berada di luar negara
11) buah
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan
Contoh : air,dakwat,minuman,kicap,minyak
Ayat
Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba berhenti di hadapan rumahnya
12 buku
Digunakan untuk : benda yang berbuku dan berbongkah kecil
Contoh : benang,roti sabun
Ayat
Shamsul membeli sebuku roti di kedai itu
13 Bungkus
Digunakan untuk : kumpulan benda yang dibalut
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan
Ayat
Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk dibawa ke pejabat
14 Butir
Digunakan untuk : benda yang kecil dan bulat
Contoh : peluru,telur,beras,bawang, kelapa
Ayat : Salmah mengupas lima butir bawang merah
15 Carik
Digunakan untuk : benda yang dikoyak kecil kecil dan memanjang
Contoh : daun, kertas, perca kain
Ayat
Danial menggunakan beberapa carik perca kain untuk ditampal pada lukisannya
16) cebis
Digunakan untuk: benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil kecil
Contoh : kertas, kain
Ayat
Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan secebis kain
17 cekak
Digunakan untuk : benda yang dipegang secara mencekak
Contoh : benih padi, serai, sirih, sayur sayuran
Ayat :
Pakcik Halim mengambil secekak benih padi dari tapak semaian
18 cubit
Digunakan untuk : benda yang diambil sedikit sahaja
Contoh : garam, gula, kuih, makanan
Ayat
Suria memasukkan secubit garam ke dalam masakannya
19 cucuk
Digunakan untuk : benda yang dicucuk dengan lidi
Contoh : meriam,pistol,senapang
Ayat
Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan daging lembu
20 das
Digunakan untuk : bunyi letupan dan tembakan
Contoh : meriam,pistol, senapang
Ayat
Adik segera menutup telinga apabila terdengar beberapa das tembakan
21 deret
Digunakan untuk : bangunan dan kenderaan yang berderet deret
Contoh : gerai , kedai rumah, lori, motosikal
Ayat
Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang
22 ekar
Digunakan untuk : kawasan yang luas
Contoh : bendang, sawah,tanah,ladang
Ayat
Pakcik menjual beberapa ekar tanah sawahnya untuk membiayai pelajaran anaknya
23 ekor
Digunakan untuk : semua jenis haiwan
Contoh : ayam,lembu,gajah,unta zirafah
Ayat : Haji Ahmad memelihara dua ekor kucing parsi
24) gelas
Digunakan untuk : cecair yang diisikan ke dalam gelas
Contoh : air kelapa, susu, kacang soya
Ayat
Fakarudin membeli dua gelas air kacang soya di pasar malam
25 gelung
Digunakan untuk : benda yang panjang dan bergelung
Contoh : dawai kawat, rotan, tali wayar
Ayat
Ah Cong menggunakan dua gelung dawai untuk membuat pagar
26 gemal
Digunakan untuk : benda yang dikumpulkan dan diikat
Contoh : padi, rumput lalang
Ayat
David membawa empat gemal rumput di belakang motosikalnya
27 genggam
Diguanakan untuk : benda yang boleh digenggam
Contoh : beras, padi, garam,pasir, pulut
Ayat : Nenek memasak tiga genggam pulut pagi tadi
28 gerombolan
Digunakan untuk : kumpulan orang
Contoh : askar pengganas, polis, tentera
Ayat
Segerombolan polis telah dikejarkan ke tempat rusuhan itu
29 gugus
Digunakan untuk : kumpulan benda yang berkelompok dan buah buahan dalam setangkai
Contoh : bintang, anggur, kunci, langsat, rambutan
Ayat : Mei Lan membeli tiga gugus langsat di gerai itu
30 gulung
Digunakan untuk : membilang benda yang panjang dan bergulung
Contoh : filem, kain, kertas, permainan, tikar
Ayat
Nalini menjemur tiga gulung permaidani di pagar rumahnya
31 gumpal
Digunakan untuk : benda yang bergumpal
Contoh : asap, awan, kapas, kekabu, tembakau
Ayat : Ekor, kucing siam itu seperti segumpal kapas
32 helai
Digunakan untuk : benda yang nipis, lembut, lebar, dan berkeping – keping
Contoh : baju, borang, cadar, tuala, sapu tangan
Ayat : Di dalam almari itu cuma ada sehelai baju
33 hidang
Digunakan untuk : makanan yang siap disajikan
Contoh : kuih, lauk, nasi
Ayat
Puan Noriah menyediakan dua hidangan kuih kepada tetamu yang hadir
34 hiris
Digunakan untuk : benda yang sudah potong tipis tipis
Contoh : lobak merah, tomato, timun, daging
Ayat
Puan Jah meletakkan tiga hiris timun di atas hidangan nasi ayam itu
35 ikat
Diguanakan untuk : benda yang telah diikat
Contoh : atap, kayu, sayur sayuran, sirih
Ayat
Faizah membeli dua ikat sawi dan tiga ikat kangkung
36 jambak
Digunakan untuk : benda yang berangkai rangkai
Contoh : bunga, kunci
Ayat
Wati berasa sungguh gembira menerima sejambak bunga daripada tunangnya
37 jambangan
Digunakan untuk : kumpulan bunga yang sudah digubah bunga
Contoh : Bunga
Ayat
Daris meletakkan jambangan bunga itu di atas mejanya
38 jemput
Digunakan untuk : benda yang diambil dengan hujung jari
Contoh : rempah, garam, gula, kunyit
Ayat
Ibu menggaul ikan kembung itu dengan garam dan dua jemput serbuk kunyit
39 jengkal
Digunakan untuk : jarak atau lebar sesuatu benda atau tempat dengan menggunakan kedua dua hujung jari tangan
Contoh : kain, benang,tali dawai
Ayat : Panjang meja tulis itu lima jengkal
40 Kajang
Digunakan untuk : benda yang berbentuk lebar
Contoh : kain, kertas, layar
Ayat
Hadi memerlukan empat kajang kertas untuk menampal dinding biliknya
41 kaki
Digunakan untuk : benda yang bertangkai
Contoh : payung, lilin, cendawan
Ayat : Lina meletakkan sekaki payung di belakang pintu
42 kalung
Digunakan untuk : benda yang diikat secara bersembunyi dalam bentuk bulatan
Contoh : manik, mutiara,
Ayat
Encik Ravi menempah dua kalung bunga malai untuk majlis perkahwinan anaknya
43 ) Kandang
Digunakan untuk : haiwan yang berada di dalam kandang
Contoh : lembu, kambing, kerbau, kuda, biri,biri
Ayat
Pak Din berasa sedih kerana sekandang lembunya terkena penyakit kuku dan mulut
44 kapur
Digunakan untuk : sirih yang telah siap dikapurkan
Contoh : sirih
Ayat
Nenek mengunyah sekapur sirih sambil mengayam tikar
45karangan
Digunakan untuk : bunga siap digubah
Contoh : pelbagai jenis bunga
Ayat
Puan Jamilah mendapat sekarangan bunga daripada pekerja - pekerja sempena hari jadinya
46 kawan
Digunakan untuk : kumpulan haiwan
Contoh : burung, gajah, lebah, merpati, serigala
Ayat : sekawan gajah telah merosakkan tanaman pisang di kampung itu
47 kelompok
Digunakan untuk : kumpulan benda, haiwan dan manusia
Contoh : pulau, nelayan, bintang, gajah, jurutera
Ayat
Nina asyik melihat sekelompok bintang yang berkelipan pada malam itu
48 Kepal
Digunakan untuk : benda yang boleh dikepal
Contoh : nasi,pulut,tanah, dodol
Ayat
Fatin makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya
49 KEPING
Digunakan untuk : benda yang rata, nipis dan lebar
Contoh : biskut, gambar
Ayat
Zainal makan tiga keping biskut sahaja pada waktu rehat
50 KEPUL
Digunakan untuk : benda yang berkepul-kepul
Contoh : asap,awan,wap
Ayat
Siti menjerit – jerit apabila melihat kepul asap hitam dari dapur rumahnya