Saturday 15 October 2011

koleksi

Download Mp3 : Koleksi Lagu Kanak-Kanak



** Gambar anak2 buah aku

Sejak kecil lagi, kita dihidangkan dengan lagu kanak-kanak. Lagu ini sama ada kita pelajari dari sekolah, kawan-kawan, atau dari bahan bacaan. Lagu-lagu ini juga terdiri dari pelbagai bentuk. Antaranya ada yang berunsur nasihat, jenaka, teguran dan lain-lain. Disamping itu, lagu kanak-kanak ini juga ada yang diambil dari puisi tradisional contohnya dari pantun.Antara lagu kanak-kanak terdahulu ialah rasa sayang, burung kakak tua, tanya sama pokok dan pelbagai lagi.Lagu-lagu ini masih di dalam ingatan rakyat Melayu sekarang sama ada kanak-kanak, warga muda mahupun warga tua. Jika kita tanya pada mereka pasti mereka masih ingat lagu itu walaupun hanya satu rangkap.Oleh itu, lagu kanak-kanak ini masih dalam ingatan.Seperti kata pepatah tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.

Read more: http://ukirancinta.blogspot.com/2010/02/download-mp3-koleksi-lagu-kanak-kanak.html#ixzz1apmUJODw

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...