Monday, 28 November 2011

Bangau Dengan Seekor Musang




Seekor bangau dan seekor musang tinggal dalam sebuah hutan. Mereka berkawan baik. Mereka tidak ngpernah bergaduh. Mereka saling membantu. Pada suatu hari, musang terfikir untuk mengajak bangau ke rumahnya.

Dia ingin menjamu sahabatnya. “ sang bangau, jemputlah datang ke rumahku. Aku ingin menjamu kamu dengan makanan yang enak.” Bangau bersetuju. Di rumahnya, musang menyediakan makanan dalam dua pinggan leper. “jemputlah masuk. Makanan sudah sedia.

Marilah kita makan,” kata musang. Bangau cuba menghirup makanan itu dengan paruhnya Makanan itu tidak dapat dihirup. Berkali kali di cuba tetapi gagal. Bangau melihat musang makan sehingga habis. Bangau pula masih tidak dapat makan. Bangau sangat kecewa. Dia merasa musang menipunya. Bangau ingin balik. Dia ucapkan terima kasih kepada sahabatnya.

Pada minggu yang berikutnya, bangau menjemput pula musang kerumahnya. “ aku ingin pula menjamu kamu dengan makanan yang sedap, kata bangau. Musang menerima pelawaan bangau. Dia datang ke rumah bangau. Dia sangat lapar. Bangau telah menyediakan makanan dalam dua buah takar. Makanannya berbau enak. “jemputlah makan,” kata bangau. “terima kasih,”kata musang.

Bangau dan musang mula makan. Bangau masukkan paruhnya ke dalam takar dan menyedut makanan. Musang tidak dapat menghirup makanan dalam takar itu. Musang amat kecewa kerana lapar. Dia meninggalkan rumah bangau.

Moral : hormatilah adat resam orang lain.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...