Dalam sebuah hutan, terdapat seekor buaya dan seekor monyet yang berkawan baik. Sang buaya tinggal di sebatang sungai. Sang monyet pula tinggal di atas sepohon pokok. Pada suatu hari, isteri buaya berkata bahawa dia teringin makan hati monyet. Jika tidak, dia akan mati tidak lama lagi.
Buaya terkejut mendengar kata kata isterinya. Dia tidak sampai hati hendak membunuh monyet. Walau bagaimanapun, buaya sangat sayangkan isterinya. Dia mencari jalan untuk dapatkan hati monyet. Buaya mula berfikir cara untuk dapatkan hati monyet. Pada esok hari, buaya pergi ke rumah monyet. “ hai sang monyet, marilah ke rumahku.
Isteri aku hendak menjamu kamu dengan makanan yang sedap. Monyet pun terus bersetuju. Dia melompat ke belakang buaya. Dalam perjalanan, buaya beritahu monyet tentang keinginan isterinya. “ isteri aku teringin makan hati engkau. Sekiranya tidak, dia akan mati,” kata buaya lagi. Monyet terkejut mendengar kata kata buaya tetapi dia tidak menunjukkan ketakutannya. “ aku kesian dengan isterimu. Aku tertinggal hatiku di rumah.
Jika kamu mahu juga marilah kita mengambilnya.” Mendengar kata-kata monyet, buaya berpusing di dalam air dan berenang semula ke rumah monyet. Monyet meminta buaya cepat cepat berenang ke rumahnya. “ aku takut hati aku di ambil orang, kata monyet. Sebaik sahaja tiba di tebing sungai, monyet terus melompat ke darat. Dia tidak mahu bertemu dengan buaya lagi.
Moral: Jangan Menipu Orang Lain Untuk Kepentingan Diri
No comments:
Post a Comment