Perumpamaan
1. Bagai abu di atas tunggul.
Maknanya :
Kedudukan atau jawatan yang tidak pasti atau tetap.
Ayat :
Pekerja-pekerja sambilan di syarikat itu bagai abu di atas tunggul kerana bila - bila masa sahaja mereka boleh diberhentikan kerja.
2. seperti anai - anai berbaris
Maknanya :
Jumlah manusia yang begitu ramai dalam sesuatu majlis atau perhimpunan.
Ayat :
Tetamu yang hadir pada hari perkahwinan penyanyi popular itu terlalu ramai seperti anai - anai berbaris.
3. seperti anak ayam kehilangan ibu
Maknanya :
Orang yang kehilangan tempat bergantung.
Ayat :
Apabila ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, hidup lima beradik itu seperti anak ayam kehilangan ibu.
4. seperti anjing bercawat ekor.
Maknanya :
Orang yang tidak mahu berubah mengikut keadaan atau perkembangan semasa.
Ayat :
Penduduk kampung itu sedia menerima pembaharuan dan sentiasa mengikut peredaran zaman walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak mahu dikatakan orang seperti anjing bercawat ekor.
5.Seperti anjing berebut tulang.
Maknanya :
Orang yang tamak dalam perebutan harta.
Ayat :
Filem yang ditayangkan itu mengisahkan dua orang rakan kongsi yang tamak dan berebutkan harta seperti anjing berebut tulang.
6. bagai anjing dengan kucing
Maknanya :
Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu
Ayat :
Malek dan Azman sering bertengkar apabila bertemu bagai anjing dengan kucing.
7. seperti anjing buruk kepala
Maknanya :
Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat.
Ayat :
Bekas penagih dadah itu dianggap seperti anjing buruk kepala oleh penduduk kampung.
8 Seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya
Maknanya :
Jika kita berbuat baik bukan dengan orang yang sepatutnya, maka mengada ngadalah dia
Ayat :
Ayah menasihati adik supaya tidak berbuat baik dengan budak itu kerana dia seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya.
9. seperti anjing menggonggong tulang
Maknanya :
Orang yang mendapat sesuatu yang disukai dia akan bersifat tamak dan kedekut.
Ayat :
Lokman diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengutip duit sewa rumah. Tetapi dia tidak mahu memberikan wang itu kepada bapanya. Sikap lokman tidak ubah seperti anjing menggonggong tulang
10. seperti api dalam sekam
Maknanya :
kejahatan yang berlaku secara diam diam
Ayat :
Dalam diam - diam fuad mengkhianati rakan kongsinya. Dia cuba mengaut semua keuntungan. Tindakannya itu sama seperti api dalam sekam
11. bagai aur di atas bukit:
Maknanya :
Menyerahkan diri kepada nasib
Ayat :
Selepas gagal mencari keretanya yang hilang, encik Siva bagai aur di atas bukit
12. seperti aur dengan tebing
Maknanya :
Hidup saling tolong-menolong atau bantu-membantu antara satu sama lain.
Ayat :
penduduk di kampung nelayan sentiasa bantu-membantu seperti aur dengan tebing
13. seperti ayam berak kapur
Maknanya :
Kelihatan letih, lesu, dan tidak bermaya
Ayat :
Sejak menghidap penyakit ganjil itu, Sumirah kelihatan tidak bermaya seperti ayam berak kapur.
14 bagai ayam dibawa ke kepok
Maknanya :
Mendapat rezeki
Ayat :
Kehadiran Faizah dan keluarganya di pasar raya itu bagai ayam dibawa ke kepok kerana keluarga mereka telah dipilih sebagai pengunjung bertuah
15 bagai ayam dimakan tungau.
Maknanya :
Orang yang tidak boleh duduk diam, gelisah ke sana dan kemari
Ayat :
Semenjak mendengar berita bahawa syarikatnya mengalami masalah kewangan, sheikh Ahmad sentiasa gelisah bagai ayam dimakan tungau
16 bagai ayam mengeram telur
Maknanya :
Muka menjadi merah padam
Ayat :
Apabila mendengar sindiran kawan kawannya, keadaan muka pemuda itu menjadi merah bagai ayam mengeram telur
17 seperti ayam patuk anaknya
Maknanya :
Menghukum bukan bertujuan menyeksa, tetapi untuk mendidik
Ayat :
Apabila menjawat jawatan tinggi sekarang. Barulah Aminah sedar bahawa tindakan ayah dan ibunya menghukum setiap kesalahannya dahulu, seperti ayam kena patuk
18. bagai ayam di sambar helang
Maknanya :
Orang yang hilang secara mengejut atau tiba tiba sahaja
Ayat :
Sharina tiba - tiba hilang bagai ayam disambar helang. Ibu dan ayahnya telah melaporkan kehilangannya kepada polis
19. bagaimana acuan begitulah kuihnya
Maknanya :
Tingkah laku atau perangai seseorang anak itu dipengaruhi oleh tingkah laku atau perangai bapanya.
Ayat :
Ibu dan bapa mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak anak kerana perkara ini akan mempengaruhi mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya
20 bagai balak berendam
Ayat :
Orang yang terlalu gemuk dan malas untuk bergerak
Maknanya :
Anak orang kaya yang berbadan gemuk itu bagai badak berendam kerana asyik duduk sahaja
21 bagai bajak wangkang makan berangkat
Maknanya :
Orang yang suka dirinya dipuji
Ayat :
Naily bagai bajak wangkang makan berangkat apabila dipuji sedikit, mulalah dia menunjuk rajin bekerja.
22 seperti batu jatuh ke lubuk
Maknanya :
Menghilangkan diri secara senyap
Ayat :
Pemuda yang tidak siuman itu hilang tanpa khabar berita seperti batu jatuh ke lubuk
23 seperti belanda minta tanah
Maknanya :
Mengambil lebih banyak daripada apa yang diminta
Ayat :
Pada mulanya Ramli meminta sedikit buah jambu daripada Pak Mat. Selepas diberi sedikit, dia meminta lagi. Sikap Ramli tidak ubah seperti belanda minta tanah
24 seperti belangkas
Maknanya :
Dua orang yang terlalu intim perhubungannya dan tidak dapat dipisahkan
Ayat :
Setelah berkenalan begitu lama. Azmah dan Salman sudah jadi seperti belangkas dan tidak dapat dipisahkan lagi
25 seperti belut pulang ke lumpur
Maknanya :
orang yang pulang ke tempat asalnya setelah puas merantau
Ayat :
Kepulangan abang Atan pada hari raya yang lalu setelah merantau selama tujuh tahun seperti belut pulang ke lumpur
26 bagai beliung dengan asahan
Maknanya :
Tidak pernah berpisah
Ayat :
Shamsul dan adiknya tidak pernah berpisah bagai beliung dengan asahan
27 bagai kain tiga hasta
Maknanya : Orang miskin yang serba tidak mencukupi
Ayat : Keluarga Salleh hidup dalam serba kekurangan
28 bagai bertepuk sebelah tangan :
Maknanya :
perasaan kasih dan sayang hanya di sebelah pihak sahaja
Ayat :
Jamilah berasa malu untuk mendekati Aznil apabila menyedari cintanya bagai bertepuk sebelah tangan
29 seperti bertih goreng
Makananya :
pertuturan yang sangat petah
Ayat :
Zakri Latif dipilih menjadi pengacara rancangan itu kerana pertuturannya yang sangat petah seperti bertih goreng.
30 seperti budak sapu hingus
Maknanya :
Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis
Ayat :
Pertengkaran antara Sivaram dengan Goh dalam majlis hari jadi memalukannya seperti budak sapu hingus
31 bagai bulan dipagari bintang
Maknanya :
Gadis cantik di kelilingi oleh gadis - gadis cantik yang lain
Ayat :
Puteri yang jelita itu bagai bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh dayang - dayang yang cantik di taman bunga
32 seperti bulan dengan matahari
Maknanya :
sudah secucuk dan sepadan benar
Ayat :
Pasangan pengantin yang bersanding itu sama cantik sama padan seperti bulan dengan matahari
33 bagai bulan jatuh ke riba
Ayat :
Mendapat untung yang banyak
Maknanya :
Makcik tersenyum riang apabila kuih muih hari raya di gerainya habis dijual dan dia mendapat keuntungan yang banyak bagai bulan jatuh ke riba
7 comments:
Yang bagi balak berendam tu betul ke ? Bukan badak ?
Sama je🙄
itulaitu...
ermmm..boleh lah
Seperti cincin dengan permata
Seperti cincin dengan permata
Seperti cincin dengan permata
Post a Comment