Thursday, 10 November 2011

Simpulan bahasa


Simpulan bahasa

Abu dajal

v Seorang yang suka mengganggu orang lain


Abu jahal

v Seseorang yang suka menghalang orang lain daripada melakukan kebajikan


Ada angin

v Berperangai luar biasa/tidak menentu


Ada bakat

v Memiliki kebolehan dalam sesuatu bidang


Ada harapan

v Berpeluang untuk memperoleh sesuatu

Ada hati

v Menyimpan perasaan terhadap sesuatu



Ada jalan

v Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu


Adik angkat

v Lelaki/perempuan


Adik ipar

v Adik(lelaki/perempuan) kepada suami atau isteri


Adik kandung

v Adik sendiri, yakni adik daripada ibu dan bapa yang sama


Adik tiri

v Anak bapa atau ibu tiri yang umurnya lebih muda daripada kita


Adu (mengadu ) domba

v Melaga lagakan seseorang bagi menimbulkan pergaduhan/pecah belah


Adu (mengadu) nasib

v Mencuba (beradu) nasib


Air mati

v Air yang telah dimasak dan disejukkan


Air muka

v Maruah diri


Air tawar

v Air yang berperanan sebagai ubat setelah dijampi oleh bomoh /dukun


Ajak ajak ayam

v Mempelawa dengan tidak bersungguh sungguh


Akal belut

v Tipu muslihat yang licin


Akal budi

v Fikiran yang sihat


Alas cakap

v Kata pendahuluan


Alas kaki

v Sesuatu yang dipakai ( selipar, kasut) semasa berjalan


Alas perut

v Makan sedikit untuk menahan lapar atau sebelum mendapat makananan yang mengeyangkan


Ali baba

v Sesuatu perniagaan atau lesen perniagaan diperoleh


Alih angin

v Berkunjung ke tempat lain untuk meluaskan pandangan atau untuk memperoleh pengalaman


Alim alim kucing

v Berpura - pura baik


Ambil ( mengambil ) anak

v Mengambil dan memelihara anak orang lain sebagai anak sendiri


Ambil angin

v Menyedut / menghirup udara bersih


Ambil bahagian

v Melibatkan diri/ turut serta


Ambil hati

v Berasa tersinggung oleh kata atau perbuatan seseorang


Ambil kesempatan

v Memanfaatkan peluang yang ada


Ambil kira

v Membuat pertimbangan


Ambil masa

v Memerlukan suatu tempat tertentu

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...